Alumni ponpes روضة الهدا purabaya kab:Smi, dan المعهد الاسلاميه kota sukabumi

Selasa, 08 Maret 2022

Empat Ilmu Wajib Dipelajari

Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat.

Tulisan ini diambil dari Grup WhatApp Warga NU Pamekasan yang di Publish Oleh Kyai Sunardi Larangan Pamekasan, Beliau sepertinya juga meneruskan tulisan tersebut dari pihak lain maka berikut tulisan yang dapat kami publish di Redaksi abfa.online.

Assalamualaikum wbt.
Saudara/Saudari yang dirahmati Allah.
Dalam grup wasap kita, tentu ada di kalangan saudara/ri yang telahpun memiliki tingkatan ilmu agama yang tinggi pemberian Allah SWT… namun begitu kita tidak boleh lupa bahawa. masih ramai juga di kalangan ahli grup yang sering tertanya-tanya

APAKAH SEBENARNYA SYARIAT TAREKAT HAKEKAT DAN MAKRIFAT ITU

Justeru adalah baik jika dapat diperjelaskan sedikit di sini secara mudah dan tersusun untuk perkongsian bersama agar nanti apabila telah diketahui, dapatlah kita tahu peri pentingnya mempelajari dan mendalami ILMU 4 SEGI ini..

Semoga kita semua sentiasa diberi Nur,Taufik dan Hidayah oleh Allah SWT..In sya Allah.

🛑4 perkataan itu tidak asing bagi mereka yang sedang menjalani pengajian Mengenal Allah. Pelbagai tafsiran dan penerangan dari Guru-Guru Pembimbing untuk memberi kefahaman berkenaan empat kata tersebut.

Secara kasarnya, empat kata tersebut adalah pecahan besar Ilmu Islam.
Keempat-empat ilmu tersebut adalah Fardhu bagi tiap-tiap manusia.
Bila ia dikatakan Fardhu, maka adalah wajib bagi setiap manusia mempelajari 4 ilmu tersebut. Ramai di kalangan kita pernah mendengar pecahan ilmu tersebut tetapi tidak jelas atau masih kabur pemahaman tentang ilmu tersebut.
Kerana hal ini tidak pernah diajar di peringkat persekolahan.
Apa yang diajar di peringkat persekolahan tidak lain hanyalah tingkatan Syariat sahaja.

Tarekat, Hakikat dan Makrifat hanya boleh dipelajari melalui Guru Pembimbing

Guru Pembimbing bukanlah sembarangan orang Guru pembimbing adalah Guru yang layak mengajar anak muridnya ‘Mengenal Allah’.

Mengapa Tarekat, Hakikat dan Makrifat tidak kita pelajari di Sekolah?....
Kerana ilmu ini adalah terkait dengan Ilmu Rohani.
Ilmu rohani sangat sulit diajarkan dalam persekolahan kerana ia banyak bersangkut-paut dengan perkara-perkara ghaib.
Ghaib di sini bukanlah bermaksud makhluk halus seperti hantu, ghaib di sini bermaksud perkara-perkara yang tidak terjangkau dengan pancaindera zahir.

▶️Perkara-perkara ghaib hanya boleh ditangkap dengan menggunakan pancaindera batin, iaitu Hati

Ada juga yang mengatakan keempat-empat ilmu ini tidak diajarkan oleh Rasulullah SAW. Benarkah kenyataan ini?Mari kita singkap Sirah Nabi SAW. Nabi Muhammad SAW mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi adalah pada umur Baginda 40 tahun.
Pada tahun ke-11 ke-Nabian, terjadinya peristiwa Israk Mikraj. Setahun lebih selepas itu, Baginda diperintahkan berhijrah ke Madinah. Baginda wafat pada umur 63 tahun

🛑Perhatikan, dakwah Nabi SAW adalah selama 23 tahun iaitu bermulanya dari umur Baginda 40 sehingga umur Baginda 63 tahun. Peristiwa Israk Mikraj adalah pada tahun ke-11 ke-Nabian. Ini bermakna peristiwa Israk Mikraj ini adalah dipertengahan dakwah Baginda.
Di mana 23 bahagi 2 adalah 11 tahun 6 bulan.

Peristiwa Israk Mikraj adalah titik tolak bermulanya perintah Syariat yang dimulai dengan perintah Solat kepada manusia.
▶️Sebelum peristiwa Israk Mikraj apakah ilmu yang didakwahkan oleh Nabi SAW? ...
Ilmu Hakekat lah yang didakwahkan Nabi SAW.

🛑Yang dikatakan Ilmu Tauhid, Ilmu Tasawwuf semuanya terkandung dalam Ilmu Hakekat.

▶️Lihatlah perincian turutan ilmu yang disampaikan dan didakwahkan Nabi SAW di bawah:

1. Ilmu Makrifat : Ketika mendapat wahyu
pertama di Gua Hira’

2. Ilmu Hakikat : Sebaik keluar dari Gua Hira’

3. Ilmu Tarekat : Ketika peristiwa Israk Mikraj

4. Ilmu Syariat : Selepas peristiwa Israk Mikraj
sehingga Baginda wafat.

Inilah turutan ilmu yang didakwahkan Nabi SAW.
Inilah buktinya 4 ilmu ini pernah diajarkan oleh Nabi SAW kepada manusia.

Hal ini sesuai dengan ungkapan yang cukup popular di kalangan mereka yang mendalami Ilmu Ketuhanan:

“Awaluddin Makrifatullah” yang bermaksud
“Awal Agama adalah Mengenal Allah”.

Ilmu mula-mula yang diterima oleh Nabi SAW adalah Ilmu Makrifat.
Ilmu yang mula-mula didakwahkan Nabi SAW ialah Ilmu Makrifat

▶️Lihatlah betapa pentingnya bagi manusia untuk mengenal Allah terlebih dahulu.
Makrifat bukanlah kemuncak bagi ilmu.
Bukanlah ilmu penghabisan.

▶️⏩Tujuan manusia untuk belajar ilmu Agama untuk bermakrifat adalah salah sama sekali.
Makrifat adalah mula-mula perlu dipelajari.

🛑ILMU MAKRIFAT:

Adalah ilmu pengenalan kepada Allah.
Apa yang dipelajari adalah bagaimana untuk menyatakan keberadaan Allah.
Dapat merasai dekatnya Allah. Allah itu meliputi.
Dan lebih dekat dari urat leher.

▶️Kenal bukan sekadar nama. Kenal sehingga mengenal akan Zat Allah.
Sifat, Af’al (perbuatan) dan Asma’ (nama) adalah jalan untuk mengenal Zat.

▶️Bukti sudah mengenal adalah mampu dan sentiasa berhubung dan berkomunikasi dengan Allah.

🛑ILMU HAKIKAT:

Hakikat adalah berasal dari kata Haq iaitu Kebenaran.

▶️Hakikat adalah pancaran dari Ilmu Makrifat.
Menyatakan kebenaran serta menghapuskan kebatilan. Apa yang dipelajari adalah hikmah. Setelah kenal, manusia diperintahkan untuk menyembah Allah.

▶️Bagaimana untuk menyembah?...
Menyembah adalah dilakukan oleh tubuh batin.
⏩ Dipimpin oleh Roh.
Ilmu Hakikat digunakan oleh diri batin untuk menyembah dan sampai kepada Allah.

🛑ILMU TAREKAT

Tarikat bermaksud jalan.
Jalan di sini merujuk kepada jalan mengenal Allah

⏩ Jalan untuk bertemu dengan Allah.
Nabi SAW telah menunjukkan bahawa satu-satunya jalan untuk bertemu dengan Allah adalah melalui Israk Mikraj.

Ilmu Tarekat adalah ilmu yang luas

▶️ Bukan sebatas ilmu yang diajarkan selama satu malam. Apa yang dipelajari adalah bagaimana hendak mengalami Israk dan Mikraj dengan melewati 7 tingkat langit seterusnya bertemu Allah di Sidratul Muntaha.

▶️Mikraj bertemu Allah ini dinamakan “Kemuncak Makrifatullah”

🛑ILMU SYARIAT

Ilmu Syariat adalah ilmu yang bersangkut-paut dengan tubuh zahir iaitu Jasad.
Salah satu tujuan diperintahkan Syariat adalah untuk menzahirkan Ilmu Hakikat yang dipelajari. Hakikat bersangkutan dengan perkara ghaib, manakala Syariat bersangkutan dengan zahir.

⏩Setiap perintah Syariat pasti ada Hakekat.
Ia juga dikatakan Hikmah. Hikmah disebalik perintah Syariat.

⚠️Sebagai contoh, tubuh zahir mengerjakan Solat manakala batin mendirikan Solat Mengerjakan dan mendirikan adalah 2 perkara berbeza namun ia wajib dilaksanakan seiring.

▶️Inilah serba sedikit pengenalan terhadap Ilmu Empat Segi yang dimaksudkan.
Mengapa 4?

▶️Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.
Ia sesuai dengan:

🌐1. 4 penjuru Kaabah
🌐2. 4 huruf Asma Allah (Alif, Lam, Lam Ha)
🌐3. 4 huruf Asma Nabi SAW (Mim, Ha, Mim, Dal)
🌐4. 4 unsur Tubuh (Api, Angin, Air, Tanah)
🌐5. 4 arah Bumi (Utara, Selatan, Timur, Barat)
🌐6. 4 gerakan Solat(berdiri, rukuk, sujud,duduk)

▶️7. Dan banyak lagi (boleh tolong sambungkan)

Wallahu’alam…

⏩SEKADAR PENGENALAN SESUATU ILMU…ISI SELEBIHNYA CARILAH GURU ATAU ULAMA2 YG DIYAKINI…SEKIAN..

Setiap anak yang dilahirkan sebagai manusia unggul dan berdaya saing sehingga menjadi sang juara.
Mereka memiliki potensi kemampuan yang luar biasa seperti kecerdasan intelektual, emosional, spritual dan sosial yang harus diasah hingga mampu menorehkan prestasi.