Alumni ponpes روضة الهدا purabaya kab:Smi, dan المعهد الاسلاميه kota sukabumi

Selasa, 08 Juni 2021

Air Mata Jatuh Kemayat

Air Mata Jatuh Kemayat

Seseorang dilarang menangis sehingga air mata mengenai jenazah.
Larangan dibuat kerana bimbang air mata tersebut akan membuatkan jenazah terseksa dan ‘berat’ untuk pergi.

Tetapi benarkah tidak boleh jatuh air mata mengenai jenazah dan kain kafan? Da’i Wan Dazrin ketika ditanya mengenai hal ini memberi penjelasan lanjut di laman Instagram miliknya.

Jenazah terseksa jika kena air mata?

Ramai Tagged saya tentang isu ini.
Saya bantu berikan pencerahan sedikit ya.
Isu ini rasanya disalah takwil orang ramai dari Hr.Bukhari (1286)/Muslim (928)

ان الميت ليعذب ببكاء اهله عليه

Sesungguhnya mayat diazab dengan tangisan keluarganya terhadapnya.

Beberapa takwilan perlu difahami

Al-Imamun Nawawi rah sudah jelaskan beberapa takwilan yang tepat yang perlu difahami dari hadith ini.

1. Ditanggung berat azab seksaan itu dengan maksud jikalau si mati mewasiatkan kepada ahli keluarganya dan pada yang hidup untuk meratap dan meraung atas kematiannya.

2. Membawa kepada maksud kalau-kalau kaum keluarga menangis sampai tahap ratapan.

3. Sengaja ‘Ahli Keluarga’ memperdengarkan tangisan untuk menjadikan hati mereka mengasihani berlebihan.

3 perkara dilarang

Adalah tidak langsung menjadi satu kesalahan daripada sudut pandang syara’, bagi kita untuk mengeluarkan air mata, yang penting jangan buat 3 Perkara ini saat mengeluarkan air mata.

1. Meraung suara
2. Merobek-robek pakaian
3. Menampar wajah kerana kekecewaan.

Dalil yang sahih tentang Nabi saw mengalirkan air mata, ada dari Nabi saw sendiri, dalam Hr.Bukhari menceritakan bagaimana Nabi saw sedih sangat bila puteranya Ibrahim meninggal dunia, waktu tersebut sambil memeluk jenazah puteranya, Nabi saw mengalirkan air mata baginda yang mulia dan ada juga beberapa siri lagi athar yang lain yang menunjukkan Nabi saw pernah mengalirkan air mata baginda yang mulia pada jenazah-jenazah sahabat yang berjuang di jalan Allah swt. Namun, sudah mencukupi saya kira dari penjelasan yang telah diberi.

Ada yang bertanya saya lagi, jadi boleh ke air mata kita kena jenazah tu sebenarnya?

Jawapannya, tiada masalah selagi bebas daripada 3 takwilan Imam An Nawawi rah dari hadith di atas. Selagi ketiga-tiga takwilan itu tidak dilakukan ‘Ahli Keluarga’ masing-masing. Maka, inshaAllah, tidak akan berlakulah seksaan azab pada jenazah tersebut.

Wallahu a’alam bissowab.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar