Alumni ponpes روضة الهدا purabaya kab:Smi, dan المعهد الاسلاميه kota sukabumi

Kamis, 15 Desember 2016

Asal usul maqom ibrohim

KISAH ASAL USUL BEKAS TAPAK KAKI NABI IBRAHIM A.S (MAQAM)  Maqam Ibrahim Setelah Nabi Ismail setuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangun Ka’abah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mulai membangun Ka’abah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibangun Baitullah itu. Ada dua riwayat yang mengatakan bahwa Allah S.W.T meninggikan tempat Baitullah sebelum dibangun oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tempat Baitullah tidak terkena bencana angin taufan sewaktu angin taufan besar melanda. Satu riwayat lagi mengatakan bahwa tempat Baitullah itu telah runtuh dalam angin taufan besar sepertimana runtuhnya bangunan-bangunan besar yang lain. Setelah peristiwa angin taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang dapat membangun ka’bah kembali kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya. Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memulai membangun Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun batu dari bawah keatas, sementara Nabi Ismail pula mencari batu-batu besar seperti yang difirman oleh Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan bangunan Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata, Wahai Tuhan kami! Terimalah, amal kami sesungguhnya Engkau maha mendengar lagi maha Mengetahui." (surah al-Baqarah ayat 127). Apabila bangunan sudah meninggi, Nabi Ismail, mengulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan menyempurnakan Baitullah sehingga menjadi sempurna. Maka dengan kehendak Allah S.W.T ketika Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu, maka lekatlah telapak kaki Nabi Ibrahim dan batu besar itu bisa menuju kemana-mana apa yang akan dikehendaki Nabi Ibrahim didalam membangun ka’bah sehingga bisa menjadi sempurna, seperti yang sudah kita lihat langsung baitullah itu dari dekat,. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah S.W.T. Apabila agama Islam datang, Allah S.W.T mensyariatkan untuk sholat di belakang maqam Ibrahim sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu sebagai tempat sholat." (surah al-Baqarah ayat 125). Yang dikatakan maqam Nabi Ibrahim itu adalah kedua belah bekas telapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi Ibrahim. Setelah selesai pembangunan Baitullah, maka Allah S.W.T memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan yang jauh." (surah al-Haj ayat 27). Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah, "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membuat satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana." Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan adzan. Allah S.W.T menyampaikan seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji, karena haji itu tidak akan sah tanpa talbiah. Bacaan talbiah antara lainnya, "Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna, aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah. Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah mampu melaksanakannya. Banyak orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji ada orang yang melakukan maksiat lebih buruk dari masa sebelum menunaikan haji, sehingga pahala hajinya jadi rusak karena tidak dijaga, Oleh itu, hendaklah kita memulai dengan sholat, zakat, puasa dan seterusnya menunaikan haji.  Maqam Ibrahim juga dieja (Makam Ibrahim) merupakan binaan yang mengandungi batu hampar kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Ia bukanlah kuburan Nabi Ibrahim a.s. sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Sebaliknya di dalam binaan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan dengan batu-batu kecil lain yang terdapat di Hajar Aswad. Di atas batu Maqam Ibrahim ini, Nabi Ibrahim pernah berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah disamping puteranya Nabi Ismail a.s. memberikan bongkah-bongkah batu kepadanya. Batu Maqam Ibrahim dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat. Atas perintah Khalifah Al-Mahdi Al-Abbasi di sekeliling batu Makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung. Dari sudut bahasa, "al-maqam" beerti "tempat kaki berpijak". Maka, Maqam Ibrahim merupakan sebuah binaan dengan batu kecil yang dibawa oleh Nabi Ismail a.s. ketika membangunkan Kaabah, batu ini telah digunakan oleh Nabi Ibrahim a.s. untuk berdiri bagi melengkapkan susunan bongkah-bongkah batu untuk membina Kaabah. Apabila Nabi Ismail menghulurkan bongkah-bongkah batu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ibrahim akan menyusunnya pada Kaabah, maka dari itu Kaabah pun semakin tinggi, batu tempat Nabi Ibrahim (Maqam Ibrahim) pun turut naik seperti lif. Diantara keutamaan/kelebihan Maqam Ibrahim adalah, bagi dijadikan tempat menunaikan solat. Al-Quran telah merakamkan keutamaan ini seperti dalam Surah Al-Baqarah ayat 125 yang bermaksud: “ Dan jadikanlah sebahagian Maqam Ibrahim tempat solat ” Terdapat juga hadis sahih, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir mengenai sifat Haji Nabi S.A.W bahawa: "Ketika sampai di Kaabah bersama Rasulullah S.A.W, baginda langsung mencium rukun Hajar Aswad, kemudian berlari-lari kecil tiga putaran, dan (selebihnya) yang empat putaran dengan jalan biasa (Tawaf). Lalu baginda ke Maqam Ibrahim dan membaca: "Dan jadikanlah sebahagian Maqam Ibrahim tempat solat", dan menjadikannya berada diantara dirinya dan Kaabah". Kemudian, dijelaskan juga, batu yang menjadi hamparan bagi dipijak oleh Nabi Ibrahim itu asalnya dari Syurga. Nabi Muhammad S.A.W bersabda Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim ialah batu-batuan dari syurga, seandainya Allah tidak melenyapkan cahaya (dari) kedunya, nescaya ia akan menerangi Timur dan Barat seluruhnya. Sementara dalam riwayat dari Imam al-Baihaqi, disebutkan seandainya bukan kerana dosa dan kesalahan anak cucu Adam, maka keduanya (batuan itu) mampu menerangi Timur dan Barat. Menurut Imam Hasan al-Basri dan ulama-ulama tersohor lain, berdoa dibelakang Maqam Ibrahim akan dikabulkan oleh Allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar